Powered By Blogger

Tuesday, 17 July 2012

tetibe saye ingat kat awk S !!



emmmmm haii peeps :* . dah tengok tajuk que kat ats tuu kan?? ok que tetibe rindu dekat dia la . so hati rase sedih jee bile teringatkan org yg dah lamee lupekan kite!! emm knape lah que harus igt lagi kat org mcm tuu..tak patut tak patut! huhu~ emm
hummm , awakkkkkk saya rindu awk lahh ,sgt sgt ok!  saya ingat lagi mse kite nk exam spm mse tuh kan? kite sampai tak boley nk stdy,sbb awk asyik hntr sms kat saya..awk ckp kat saya"cux tak boley laa lah nk stdy,asyik ingt kat cux...mse tu awak nk tau apa prasaan saya??? hnye tuhan tau prasaan saya mse tuuu...saya sgt syg awakkk..sbb saya rase saya lah org pling hepy pling bhagia mse tuuu. saya pon reply msg awak tuu.(ucux sabar lahh ,sikit lagi nk siap stdy nih,,,cux terpkse off fon nih,coz kak cux mrh nih maen fon wktu stdy,awk pon reply blik..awk kata..hummm ok cux..ucux tunggu).ok akhirnyee sudah jugak sye stdy smpai pukul 12 pagii..saya tunggu awk text saya...emm akhirnyee awak text sye...awak kata awk dah ngatok laa..k saya reply blik sms awk tuu..(ok..ucux tido lahh..sori lah buat ucux tertnggu2 .ucux tido lahh...sweet dream ) pastu awk pon reply blik sms sye..awk kata(ok xpe cux,emmmmmmmmcux.ucux nk bgtauuuuuuuu nihh....ucux syg cux sgt2...hihi) awk nak tau lps sye dpt text mcm tu dri awk,hnye tuhan je tau .senyummmnye saya mse tuu..huhu!! emm tapi lame kelamaan awk dh semakin berubah dgn saya...awk mula buat saya sakit hati,nangis!!! sumpah  dari awal saya tgk awk kan,saya egt awk nih org yg baik,pndai jge hati org,jujur n semua benda yang baik ada dlm diri awk....tapiiiii saya silap saya dah salh nilai awakkk...awakk sebenarnyee org yg jahattt,suke tipu saya,suke buat saya nangis,sedih,terasa hatii..
tapi saya still syg awak ,laupon awak buat saya mcm tuu...tgk lahh awakk,tgkk betape sygnye saya kat awakkkk!! tapi ape yg awak dah buat kt saya sekarang nih?? awak pergii begitu sajee dlm hidup saya...sampai hati awakk kan?? 
kalu buley saya nk sgt awak balikk S!!  tapii skrg nih  awak dah ada org lain kan?? ok  tak pelaa awakk, awak dah bhagia dgn si dia,saya doa kan awak bhagia,hepy slalu  dgn si dia...saya harap sgt awak jujur ,jge hati dia..jgn buat dia mcm awak  buat dekat saya dulu keyh??...awakk saya tak harap pon awakk bace ape yg sy taip nih...cukup lah saya n org lain je yg bce...sbb nanti saya malu lahh kalu awakk bace..huhuh...
ok awakk ,saya sangat rindu awak suara awakk ...k laa dah tak da ape2 lagi saya nk taip...yg selebihnyee biar laa saya simpan dlm hati saya je ok....baiii :*

loving and caring*_*

Saturday, 14 July 2012

CARILAHHHHH LELAKIII --->



meh ar bace syg saye :D

Carilah lelaki yg boleh mengingatkan mu ttg SOLAT
Bukan lelaki yg selalu mengajak TGOK WAYANG
Carilah lelaki yg mengingatkan dirimu utk MENGAJI
Bukan lelaki yg selalu mengajak mu SMS TIAP HARI
Carilah lelaki yg mengingatkan mu ttg AURAT
Bukan lelaki yg hanya tahu nak MENGURAT
Carilah lelaki yg boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA, Krn disitu terletaknya pintu SYURGA.. :)

loving and caring*_*

Friday, 13 July 2012

APA ITU AURAT DLM ISLAM ? ~



PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban dan dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Dalam Islam terdapat beberapa keadaan atau situasi di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu saja.

HUKUM MENUTUP AURAT

Hukum menutup aurat adalah WAJIB, ia sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 33 :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاةَ وآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah al-Ahzab : ayat 33)
Bersandar ayat di atas maka jelaslah bahawa hukum menutup aurat adalah wajib dan tiada alasan untuk tidak melaksanakan ia.
Dengan menutup aurat maka ia mudah dikenali sebagai seorang muslim dan mukmin. Bagi wanita pula ia dapat mengelakkan daripada golongan yang ingin mengambil kesempatan , mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya dan mengelakkan diri dari merangsang nafsu lelaki serta fahami sebab lelaki gemar melihat tubuh badan wanita.
Ia juga sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 59 :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab : ayat 59)
                                                                ASAS AURAT
Islam telah menetapkan garis panduan aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat asas bagi lelaki adalah dengan menutup antara pusat dengan lutut , manakala aurat asas bagi wanita pula adalah dengan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan ketika bersama sesiapa pun adalah sama iaitu perlu menutup antara lutut dengan pusat. Namun lelaki wajib menjaga auratnya dan menundukkan pandangannya dari melihat aurat wanita ia sebagaimana difirmankan 

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannyaNamun bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang – Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian – Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram – Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun pada mahram sendiri dan digalakkan memakai pakaian yang lengkap dan labuh untuk menjaga tatasusila dan mengelakkan sumbang mahram berlaku.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram – Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku fitnah dan perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan nafsu para lelaki terangsang akibat dari penglihatan mereka terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, ianya turut wajib menutup aurat yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir – Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : ” Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.
6. Aurat Ketika Bersama Suami – Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bermaksud suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya , ia bersandarkan hadith :
Mu’awiyah bin Haidah mengatakan : “Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?”. Baginda menjawab :”Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi :” Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? ” Baginda menjawab : “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu”. Aku masih bertanya lagi: ” Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab : ” Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Aurat dan Mahram
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan ketika bersama sesiapa pun adalah sama iaitu perlu menutup antara lutut dengan pusat dan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita pula iaitu :
1.Suami
2.Ayah, termasuk datuk sebelah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami.Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Perkara ini telah di jelaskan di dalam al Quran melalui Surah An Nuur ayat 31 :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nuur : Ayat 31)
Perhiasan dan Aurat
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu :
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka , pipi , mulut , mata , bibir , hidung , kaki , betis , peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian , alat-alat solek , cincin , rantai leher , gelang kaki dan sebagainya.
Umat islam perlu mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian untuk memastikan benar-benar menutup aurat dan mengelakkan Tabarruj.
Pakaian Yang Menutup Aurat Dalam Islam
Garis panduan pakaian yang menutup aurat mengikut syarak seperti berikut :
1. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
2. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan bentuk susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab : ” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
3. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
4. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya kerana bentuk hiasan akan menarik lelaki melihat ke arah pakaian tersebut dan ke arah tubuh badan tersebut.
5. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki. Pakaian menunjukkan perbezaan jantina antara lelaki dan wanita dan untuk mengelakkan fitnah ke atas si pemakai. Pakaian juga suatu proses pembentukan fikrah ke atas pemakai maka penjagaan dan pengasingan jenis pakaian mengikut jantina juga perlu.
6. Tidak memakai wangian yang sehingga ia mampu dihidu oleh orang lain (bau yang agak kuat). Wangian mampu menarik perhatian lelaki terhadap wanita dan mampu merangsang sedikit nafsu ke atas wanita.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik. Pakaian juga membezakan seseorang dilihat secara luaran dari segi agamanya , maka seseorang yang beragama Islam dilarang memakai pakaian orang kafir atau musyrik dan dilarang memakai pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan musyrik supaya seseorang yang beragama Islam dilihat secara luarannya daripada pakaiannya bahawa menunjukkan ia adalah beragama Islam
Kesimpulannya adalah setiap lelaki dan wanita yang beragama Islam wajib menutup aurat mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam yang bersandarkan al Quran dan Hadith. Islam bukanlah agama yang jumud menghalang umatnya dari berfesyen namun Islam tidak membenarkan umatnya dari berfesyen yang di mana fesyen tersebut melanggar batas-batas ketetapan dalam menutup aurat dan ia juga adalah untuk memelihara lelaki dan wanita Islam dari unsur maksiat dan unsur fitnah seperti diekplotasi dalam dunia pergambaran dan fesyen. tentang apa Yang mereka kerjakan. (Surah An Nuur : Ayat 30)
                                                              
                                                                WALLAHUA'LAM :)
*DIPETIK DRI BLOG ORG JUGAK NIH :D * 
*JOM SEBARKAN APA YG BAIK ! MOGA2 SAMA2 LAH KITA DIBERKATI OLEHNYA *



loving and caring*_*